Saturday, October 17, 2009

The making of project paper (part 2)....

iv) selepas selesai buat chapter 2, kitorg lompat buat chap 4 dulu. Sebabnya? Chapter 3 memerlukan interview dengan Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa(JPBD), nak interview to masalah lain. Jap lg saya crite. Chapter 4 ni xbyk masalah sgt. Chapter ni berkaitan dengan undang2 yang mengawal pembangunan lereng bukit di Hong Kong. Bahan banyak dalam internet. Bab ni kitorg xrujuk buku sgt sbb buku tentang Law in Hong Kong on Hillsope Development x dijumpai kat library tapi byk dalam internet. So xde la byk cite time nak buat chapter ni.

v) Hah! di sini la punca kepada segala masalah. Nak buat chapter 3 ni rase mcm nak nangis je. Puan Siti Sarah suruh kitorg interview JPBD and JKR. Saya pown mula2 telefon la JKR nak mintak permission buat interview plus nak set date. Org JKR yang berkaitan dengan isu tanah runtuh dekat Bukit Antarabangsa tu ckp mcm ni "Kalau u nak tau pasal kejadian tanah runtuh kat BA tu, kami xboleh tolong sbb kes tu masih dalam siasatan. Belum tutup kes lagi, jadi saya xboleh tolong." Saya pun reply la begini, "kami cuma nak tau pasal guideline baru untuk pembangunan lereng bukit yang baru digazete tu." Beliau pown menjawab begini "Owh itu kerja Jabatan Perancangan Desa dan Bandar. JKR tak tahu bab tu...."

See??nampak x mcm mana landslide boleh berlaku. Macam mana JKR boleh xtau pasal sebarang garis panduan untuk pembangunan lereng bukit sedangkan ini sebahagian daripada tanggungjawab mereka. Mungkin diorang malas nak layan student mcm kitorg kot. But they had given us a bad impression. Nampak mcm takut je bila soal ni dibangkitkan. Rilex la bro, kitorg cuma nak buat research bukan nak sumbat anda semua dalam penjara (well, that is also part of our intention anyway). Ok itu cerita JKR. Mari tgk cerita JPBD pula.

JPBD bagi permission untuk kitorg buat interview. Ok itu dah cukup baik. Kemudian saya 'fax'kan surat dari fakulti ke ibu pejabat JPBD. Esoknya saya call. Org JPBD tu ckp mcm ni "saya dah baca surat tu tapi u all nak tahu pasal law kan? Sepatutnya fax kan dekat Bahagian Undang-undang JPBD". Ok fine....kitorg pun faxkan dekat legal department die. Esoknya call legal departmentnye, org yg in charge meeting,call beberapa jam lepas tu keluar, call lagi x balik2. Pastu call esoknye xmasuk ofis pulak. Haih~~time tu da sedikit putus harapan. Time tu da nak dekat cuti raya. Gelebah dah sbb interview xbuat lagi. Nak kena submit 3 minggu lepas cuti raya. Takut xsempat buat.

Esoknya org JPBD call kitorg and set kan time utk interview lepas cuti raya. Wah!Kami sudah menari kegembiraan(over kan?). Naik cuti kami da semangat giler nak g interview kat JPBD yang terletak di Wisma Tun Sambathan, KL. Interview set pukul 10.30 pagi. Malam tu saya tidur kat kolej di bilik Anis. Kitorg plan nak g JPBD naik ERL from KLIA to KL Central sebab takut jammed kalau drive. Kalau naik komuter takut komuter buat hal. Pagi2 lagi pukul 8.30 kitorg dah bertolak from Shah Alam ke Sepang. 40 minit je. Pastu da smpi Sepang saya call org kat JPBD tu untuk remind pasal interview hari ni.....skali kan........huhuhuhu.....org tu lupa psl interview ni. Dia boleh xmasuk opis pulak.Waduh....jadi kami pown beraya la ke rumah cik Anis di Sepang dari pukul 10 pagi smpi 5 petang sebelum kami bertolak balik ke Shah Alam.

to be continue....

The making of project paper (part 1)....

Alhamdulillah...berkat usaha dan kesabaran kami akhirnya siap gak project paper yang mencabar ni. Byk rintangan dan cabaran yang kitorg lalui tetapi alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar. Di sini, saya akan ceritakan rintangan kami sepanjang menyiapkan project paper ni:

i) Pemilihan tajuk n buat proposal

Ini semua berlaku semester lepas, waktu part 4 dulu. Perkara yang paling penting sebelum buat sesuatu researh mestilah pilih tajuk and topic. Nak dijadikan cerita, kitorg kena pilih tajuk yang belum pernah senior buat. Disitu la yang susah sebab banyak tajuk yang menarik n debatable dah di buat researh oleh senior2 kami. We all ni kira batch yang kesepuluh yang kena buat project paper. Kebanyakan area law yang menarik mcm area criminal n constitution semuanya da dikebas dek senior2 kitorg.

Akhirnya pada suatu hari...jeng,jeng,jeng...saya terdengar perbualan abah dengan kwnnya pasal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Disebabkan tanah runtuh tu kebanyakan pihak nak salahkan pemaju dan MPAJ. Di sinila saya dpt satu idea. Saya pun propose la cadangan ini kepada team mate saya which are Hilda, Anis and Izati. Akhirnya kami bersetuju untuk buat kajian kes pasal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Tapi waktu ni kitorg xsure lg nak specifically discuss area enviromental law ke planning law ke atau area negligence under law of torts. Sehingga la awal semester ni kami berpeluang berjumpa dengan supervisor kami, Puan Siti Sarah terchenta. Beliau la yang byk memberi tunjuk ajar pada kami....thnks a lot puan :)

Puan Siti Sarah cadangkan pada kami supaya 'specific'kan kepada area planning law. Planning law ni mmg xpopular la dikalangan law student. Maybe di kalangan student civil engineering and student architecture bende ni penting. Tapi di kalangan law student area planning law ni selalu di anggap remeh. Setelah pilih area, tajuk dan yang sewaktu dengannya kami pun menamakan reseach kami dengan nama ini " Bukit Antarabangsa: A Legal Review of the Landslide Turmoil" . Amacam? Gempak x tajuk kitorg? hehehe

ii) Setelah sumenye selesai kitorg kena la start buat chapter 1 and pilih tajuk untuk setiap chapter. Chapter pertama is an introduction chapter. Just cerita latar belakang Bukit Antarabangsa and sekitar kawasan Ulu Klang yang sering berlakunya tanah runtuh. Disebabkan saya dibesarkan di area ni, saya rasa project ini begitu dekat di hati(gitu...). Apa masalahnya nak buat chapter 1?

Hah! Chapter 1 ni mmg senang tapi tibe2 time ni HINI melanda. Kitorg baru start klas 2 minggu dah 'dipaksa' bercuti(paksaan yang menggembirakan). Disebabkan ni, masa untuk buat chap ni jadi lebih singkat memandangkan kami sume kene balik ke rumah masing2. Aku n Hilda di KL, Anis di Sepang and Izati di Seremban. Mcm mane nak buat discussion kalau dah jauh2 mcm tu. Jadi aku dan Hilda mengambil inisiatif untuk mencari bahan dahulu di Perpustakaan Negara. Kami pun menjelajah ke seluruh pelusuk library tu untuk cari bahan pasal tanah runtuh ni sehinggakan hampir 'runtuh' otak dan jantung kami saat itu. Haih~~

Selesai mencari bahan, kami pown memulakan penulisan chap 1 ni lepas balik cuti HINI yang juga kami namakan 'cuti b**i'. Chap ni kami buat pembetulan hampir 4 kali gak la sebelum Puan betul2 puas hati dengan final draft kami....Haih~~

iii) Chapter 2 ni memerlukan bacaan yang sangat luas tentang process of landslide and factor contributing to the landslide. Kami ke Perpustakaan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU). Credit to Library FSPU kerana menyediakan bahan untuk kami. Tak cukup dengan library FSPU kami juga mengadakan lawatan sambil belajar ke Fakulti Kejuruteraan Awam dan PTAR 1(perpustakaan Tun Abdul Razak 1) yang terletak di menara Uitm. Waduh...pendek kata...untuk buat chapter ni kami menghabiskan hampir keseluruhan masa kami di perpustakaan. Kalau ada perpustakaan bergerak pown confirm kami pi gak...

Walaupun banyak library dah kami jelajah tapi nak cari bahan yang betul2 relevant tu sgt susah. Dalam 10 buah buku yang kitorg pinjam, adalah dalam 4-5 je yang betul2 relevant. Yang lain tu tak menjurus dalam kajian kami. Chapter 2 ni juga telah membawa kami ke Institut Tanah Runtuh(NASEC) yang terletak dalam kampus Uitm. Kami telah menemuramah Prof. Dr Roslan Zainal Abidin, pengarah Nasec utk mendapatkan maklumat ttg kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Credit juga utk NASEC kerana sudi memberikan maklumat ttg kejadian di BA tersebut. Perjalanan yang panjang kan?

to be continued.....

Terima kasih....

Seperti mana kamu, dia juga telah memulangkan hati aku. Terima kasih ya kerana memulangkannya tanpa sebarang calar dan retak. Sekurang-kurangnya aku masih seorang perempuan yang punya hati. Aku memerlukan hati itu untuk kelangsungan hidupku. Buat masa ini biarlah aku sendiri yang menyimpan hati itu. Terima kasih kalian kerana tidak membuang hati itu...


p/s:Kalau dibuang mana nak ku cari ganti.... ;)

Thursday, October 15, 2009

Hati kamu masih pada dia?

Sebelum apa-apa aku mahu mengucapkan terima kasih pada kamu kerana telah 'memulangkan semula' hati aku. Terima kasih ya...kamu sudah terlalu lama menyimpan 'hati' itu...

Tetapi tiba-tiba sudah ada orang lain yang mengambil 'hati' itu tanpa izin aku. Jadi bagaimana ya? Perlukah aku meminta dia pulangkan 'hati' itu atau biarkan saja 'dia' menyimpannya? Itupun kalau dia mahu menyimpan hati itu. kalau dia tidak mahu pulangkan dan tidak mahu juga simpan lalu dibuang bagaimana? Jadilah aku seorang perempuan tanpa hati...hahahaha

P/s: Jangan buang. Pulangkan atau kamu simpan. Mana satu?

Monday, October 12, 2009

aku hati kamu...

my dad, my hero a.k.a amitabh bachan

Mama n maya...(nape adik2ku lebih cantik?)
cik rara kesayanganku...

me n yaya...walau kamu selalu buli aku.aku tetap hati kamu...


Korang adalah housemate terbaek pada abad ini...from left:cik nana, cik zaza, me and cik rara
With arwah nadia.Dia, i will always love u....

atas:Si kecil yang gedik...baby, kakak sayang kamu...

bawah:Ey...kamu sudah besar adikku. Kakak sgt jeles sbb kamu lebih cantik



p/s:tanpa kalian siapa aku...aku hati kamu...

Sunday, October 11, 2009

Hari yang panjang...

Waktu hari ni rasa agak lambat berlalu. biasanya sekejap je da mlm. Tapi xtau la nape ari ni panjang sangat waktunya. Ini aktiviti saya ari ni:

7.oo am:bangun pagi n siap nak g klas

8.30-12.00: ada presentation international law

12.30:gerak ke rumah cik rara di puchong

1.00-2.00:makan sampai xhengat....

2.00-3.30:ambik gambar mcm org xpernah jumpe camera(zue upload
gambar kt fb cepat2)

3.30:bergerak pulang ke rumah. anta Hilda kat Kg baru dulu

4.30: tiba di rumah dan tido

6.30:bangun tido

6.45:cuci toilet(toilet tu da 3 minggu xbasuh.xsempat)

7.30:mandi

8.00:makan malam

8.30 mengadap laptop

9.30(jap lagi):nak buat assignment i.p

11.00(karang):nak tido awal skit.

p/s: hargailah waktu anda...

Followers

-a girl with big heart-

Kuala Lumpur, Malaysia