Saturday, October 17, 2009

The making of project paper (part 2)....

iv) selepas selesai buat chapter 2, kitorg lompat buat chap 4 dulu. Sebabnya? Chapter 3 memerlukan interview dengan Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa(JPBD), nak interview to masalah lain. Jap lg saya crite. Chapter 4 ni xbyk masalah sgt. Chapter ni berkaitan dengan undang2 yang mengawal pembangunan lereng bukit di Hong Kong. Bahan banyak dalam internet. Bab ni kitorg xrujuk buku sgt sbb buku tentang Law in Hong Kong on Hillsope Development x dijumpai kat library tapi byk dalam internet. So xde la byk cite time nak buat chapter ni.

v) Hah! di sini la punca kepada segala masalah. Nak buat chapter 3 ni rase mcm nak nangis je. Puan Siti Sarah suruh kitorg interview JPBD and JKR. Saya pown mula2 telefon la JKR nak mintak permission buat interview plus nak set date. Org JKR yang berkaitan dengan isu tanah runtuh dekat Bukit Antarabangsa tu ckp mcm ni "Kalau u nak tau pasal kejadian tanah runtuh kat BA tu, kami xboleh tolong sbb kes tu masih dalam siasatan. Belum tutup kes lagi, jadi saya xboleh tolong." Saya pun reply la begini, "kami cuma nak tau pasal guideline baru untuk pembangunan lereng bukit yang baru digazete tu." Beliau pown menjawab begini "Owh itu kerja Jabatan Perancangan Desa dan Bandar. JKR tak tahu bab tu...."

See??nampak x mcm mana landslide boleh berlaku. Macam mana JKR boleh xtau pasal sebarang garis panduan untuk pembangunan lereng bukit sedangkan ini sebahagian daripada tanggungjawab mereka. Mungkin diorang malas nak layan student mcm kitorg kot. But they had given us a bad impression. Nampak mcm takut je bila soal ni dibangkitkan. Rilex la bro, kitorg cuma nak buat research bukan nak sumbat anda semua dalam penjara (well, that is also part of our intention anyway). Ok itu cerita JKR. Mari tgk cerita JPBD pula.

JPBD bagi permission untuk kitorg buat interview. Ok itu dah cukup baik. Kemudian saya 'fax'kan surat dari fakulti ke ibu pejabat JPBD. Esoknya saya call. Org JPBD tu ckp mcm ni "saya dah baca surat tu tapi u all nak tahu pasal law kan? Sepatutnya fax kan dekat Bahagian Undang-undang JPBD". Ok fine....kitorg pun faxkan dekat legal department die. Esoknya call legal departmentnye, org yg in charge meeting,call beberapa jam lepas tu keluar, call lagi x balik2. Pastu call esoknye xmasuk ofis pulak. Haih~~time tu da sedikit putus harapan. Time tu da nak dekat cuti raya. Gelebah dah sbb interview xbuat lagi. Nak kena submit 3 minggu lepas cuti raya. Takut xsempat buat.

Esoknya org JPBD call kitorg and set kan time utk interview lepas cuti raya. Wah!Kami sudah menari kegembiraan(over kan?). Naik cuti kami da semangat giler nak g interview kat JPBD yang terletak di Wisma Tun Sambathan, KL. Interview set pukul 10.30 pagi. Malam tu saya tidur kat kolej di bilik Anis. Kitorg plan nak g JPBD naik ERL from KLIA to KL Central sebab takut jammed kalau drive. Kalau naik komuter takut komuter buat hal. Pagi2 lagi pukul 8.30 kitorg dah bertolak from Shah Alam ke Sepang. 40 minit je. Pastu da smpi Sepang saya call org kat JPBD tu untuk remind pasal interview hari ni.....skali kan........huhuhuhu.....org tu lupa psl interview ni. Dia boleh xmasuk opis pulak.Waduh....jadi kami pown beraya la ke rumah cik Anis di Sepang dari pukul 10 pagi smpi 5 petang sebelum kami bertolak balik ke Shah Alam.

to be continue....

No comments:

Post a Comment

Followers

-a girl with big heart-

Kuala Lumpur, Malaysia