Oit! Sorry geng da lama xpost entry baru kat sini. Baru abis exam. Ye...exam yang mcm c****a tu...Okeh back to our story. Kisah pojek pepor(bak kata anis)....
The last time kite stop kat kisah nak g interview tp xjadi tu kan? Sambungannya camni...org kat JPBD tu set tarikh baru untuk kitorang which was hari jumaat(one day after interview xjd tu). So pagi Jumaat tu kitorang sanggup ponteng lecture family law semata2 nak g KL untuk buat interview tu. Sekali lagi nasib malang menimpa kami....Kitorg sempat jumpa dengan Pengarah Jabatan Undang2 JPBD. Tapi rupa2nya kalau nak tahu pasal Guideline Pembangunan Lereng Bukit yang baru tu, tempatnye bukan kat Jabatan Undang2 sebaliknya kat Department Researh and Development (R&D). Waduh!!kecewanya hati....sedihnya Tuhan aja yang tahu...Xjadi lagi interview kami hari tu....haih~~
Hari Selasa minggu berikutnya kami dah plan betul2 untuk pergi interview kat R&D Department JPBD yang terletak di Jalan Cenderasari (belakang Masjid Negara). Alhamdullilah kali ni interview kami berjaya. Credit to JPBD di atas informasi yang diberikan. Selesai saja mendapatkan informasi yang cukup dan lengkap, kami terus menyiapkan chapter 3 yang sekian lama terbengkalai dan akhirnya kami membuat kesimpulan lengkap dalam chapter 5. Selesai semua chapter belum bererti kerja udah selesai. Kami harus membuat beberapa pembetulan yang Puan Siti Sarah telah betulkan. Setelah selesai membuat pembetulan tibalah masa untuk bind....
Owh...nak bind pown masalah jugak...Kami telah menyelesaikan keseluruhan projek paper pada hari Jumaat. Sedangkan kami perlu submit hari Isnin. Rupa2nya untuk bind hard cover mengambil masa 2-3 hari jugak. Mana la kitorg tau....huhu. Hari Sabtu tu perayaan Deepavali jadi banyak kedai tutup. Saya sudah keliling KL cari kedai yang boleh bind dalam masa paling kurang 2 hari. Dari Melawati ke Wangsa Maju ke Setapak ke Ampang ke Gombak semua tempat dah cari. Akhirnya nak tau kat mana tempat yang boleh bind dlm masa satu hari? Nak tau tak?? Tempatnya dekat Seksyen 2 Shah Alam dekat dengan Kolej Jati UiTM. Waduh kok boleh jadi begini? Kalau ku tahu awal2 lagi dah g kedai tu. Susah2 je keliling KL cari tempat bind....haih~~
Selesai bind, kami dengan bangganya submit projek paper tu kepada Puan Siti Sarah hari Isnin itu dengan perasaan lega dan bangga yang tidak terucap....eh?korang ingat dah abes keje kitorg? TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKK......Puan Siti Sarah tidak berpuas hati dengan beberapa perkara:
i) appendix sangat sikit dan harus di tambah
ii) beberapa kesalahan tatabahasa.
Yup itu sahaja teman2 tetapi bukankan itu maksudnya kena print dan bind semula? Dan bukankah itu maksudnya wang kami akan terbang lagi? Ya! Dan itulah yang terjadi. Wang kami terbang dengan berat hatinya, wang kami melayang seperti burung merpati yang patah sayapnya...begitulah teman2.
Setelah selesai kesemuanya, saya bertanya kepada diri semdiri berkali2. Mau buat Master kah? Buat Projek Paper aje dah hampir hilang nyawa lagi mau buat Master??? Jawapannya? Lu pikir la sendiri...
Thursday, November 12, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)
Followers
What she has to say...
-a girl with big heart-
- ~m E e N~
- Kuala Lumpur, Malaysia