Mungkin ramai yang tidak tahu tentang Student Community Law Club(SCLC) atau mungkin ramai yang tahu tentang SCLC tetapi tidak tahu objektif kelab ini. Secara ringkasnya saya terangkan bahawa SCLC adalah sebuah kelab dalaman fakulti Undang-undang yang ditubuhkan untuk memberikan kesedaran undang-undang terhadap masyarakat dan juga untuk mendekatkan siswa-siswi dengan masyarakat.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah bagaimana Kelab ini telah mengajar saya tentang sisi lain kehidupan...Selama ini kita mungkin tidak sedar bahawa masih ramai manusia di luar sana yang sedang berjuang untuk hidup sedangkan kita di sini menikmati segala yang enak2 dan mewah2...Secara peribadinya saya tidak pernah merasa hidup susah dan tidak sedar bahawa kesusahan,kemiskinan,ketidakadilan sedang berlaku dimana-mana.
Namun SCLC berjaya membuka mata dan hati saya...Kami telah menyelami pelbagai kelompok mayarakat yang ditindas dan kurang bernasib baik. Kami telah melihat betapa daifnya kehidupan orang asli, kami telah melihat kesedihan di mata anak-anak yang rindukan belaian ibu bapa, kami telah melihat semangat anak-anak yang kurang berkemampuan untuk mengubah nasib dan masa depan mereka. Kami telah melihat ketidakadilan sedang berleluasa...walaupun kami tidak mempunyai kuasa untuk mengubah nasib mereka namun sekurang-kurangnya mereka akan rasa dihargai jika ada yang mengambil tahu kesusahan mereka dan cuba untuk membela nasib mereka.
Tersentuh hati saya tatkala berbual dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun(nama terpaksa saya rahsiakan) yang saya kenal tatakala menjalankan khidmat komuniti di salah sebuah rumah anak-anak yatim di Shah Alam.Berikut adalah perbualan kami:
-Saya: Dah lama ke adik duduk sini?
-Dia: Dah lama dah kak, sejak umur saya 5 tahun lagi. Saya ni org susah kak, mak saya tak mampu nak jaga saya. Rumah saya kecik sangat,adik-beradik ramai. Sebab tu saya duk sini( dia sedang asyik melukis gambar pemandangan)
-Saya: Owh...seronok x duduk sini
-Dia: Bolehla...ramai kawan-kawan.tempat pun selesa tp kadang2 rindu jugak kt emak dgn adik2.
-Saya: Dah besar nnt nak jadi apa?
-Dia: Saya nak jadi askar kak(dengan penuh semangat)....saya geram dengan israel kak. Kalau saya ada kuasa saya nk tmbak jer tentera israel tu kak...Kesian kat palestin...Diorang tu x berdosa,kak.
-Saya: Bagus dik, belajar rajin2. Besar nnt berbakti pada negara, bantu keluarga adik....adik suka membaca x?
-Dia: Suka...tapi kitab yang paling bagus adalah Al-Quran kak...saya selalu baca Al- Quran...rasa tenang jiwa saya kak...
Begitulah kisahnye kawan2....saya hampir tidak percaya kanak-kanak berusia 10 tahun sepetah,samatang dan sebijak itu. Saya yakin kesusahan hidupnya menjadikan dia seorang kanak-kanak yang matang,berdikari dan cerdik...Itu cuma sebahagian daripada pengalaman saya...saya juga berpeluang melihat kedaifan hidup orang asli di ulu selangor. SANGAT DAIF dan yang menyedihkan saya mereka cuma bersekolah sehingga tingkatan 3 terutamanya remaja perempuan...Bagaimana mereka mampu mengubah nasib mereka jika tidak berpeluang ke sekolah????? Mereka biasanya berkahwin seawal usia 17 tahun dan kemudiannya melahirkan anak yang juga tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari masyarakat.....kerana itulah saya mengatakan bahawa SCLC mengajar saya memanusiakan manusia dengan cuba mencari keadilan...Saya juga mendapat tahu bahawa seorang remaja perempuan(nama saya rahsiakan) telah melarikan diri dari rumah kerana ayahnya merupakan seorang kaki pukul. Juga saya berkesempatan bertemu dengan anak-anak yang membesar di 'lorong gelap' di mana ibu bapanya merupakan pekerja seks dan penagih dadah....
Tujuan saya menceritakan semua ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kita semua bahawa ada sisi lain kehidupan yang kita tidak nampak dan disorokkn kepada kita. SCLC membawa saya menyelami kehdupan masyarakat yang kurang diberi perhatian....Kita sibuk melepak di Coffee Bean, membeli baju baru dari SEED atau MNG, membeli kasut baru dari VINCI,menonton wayang di CINELESURE, berseronok di ZOUK, berdating di KLCC tapi sedarkah kita ada masyarakat yang kais pagi makan pagi,ada masyarakat yang tidak mendapat pendidikan sewajarnya, ada masyarakat yang ditindas dan hidup penuh ketakutan, ada masyarat yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya...
SCLC bukan sebuah kelab politik yang mementingkan pangkat tetapi kami cuba menegakkan keadilan,cuba memanusiakan manusia,cuba mencari pembelaan yang sewajarnya, cuba mendekati masyarakat dan yang penting kami cuba melihat sisi lain kehidupan....
Thursday, July 23, 2009
What's wrong with being single?
Ramai kawan2 saya slalu tanye bile nak ade boyfriend? wah!!! soalan bernilai satu juta ringgit y'alls. Waduh rakan2...korang ingat nak pilih pakwe mcm pilih ikan kat pasar ke?? Bukannye xnak ade bf TETAPI...ni hah saya senaraikan sebab2nye:
i)ade ke org nk kat kite?
ii)yang mempunyai ciri2 yg menarik sumenye da berpunya
iii)lelaki ni menggatal je...susah nk cari yg ikhlas(no offence eh...)
iv)kebanyakan lelaki umur between 20-25 xcommited in a relationship
v) im looking for a family guy(di manakah?sesat jalan eh?)
vi) xramai yang berkaliber, berkepimpinan n berkeyakinan
Bukan demand, tetapi im not ready to be hurt sbb tu xleh main cekup jer...cukupkah jawapan ini rakan2?? The other day anis,hilda and zati plan nak date ramai2.pastu dorg tnye "meen bile lagi?xnak join ke?" waduh....tunggu la korang...die sesat jalan...sikit hari lagi sampai la...huhu
p/s utk yg sesat jalan tu:
-amik lrt ke wangsa maju pastu naik teksi ke wangsa melawati
atau
- kalau naik kreta atau motor, lalu ikut federal highway cari jalan kuching pastu jumpe roundbout bulatan pahang lalu ikut hospital tawakal,terus ikut setapak,amik simpang wangsa maju pastu jumpe wangsa melawati.....
i)ade ke org nk kat kite?
ii)yang mempunyai ciri2 yg menarik sumenye da berpunya
iii)lelaki ni menggatal je...susah nk cari yg ikhlas(no offence eh...)
iv)kebanyakan lelaki umur between 20-25 xcommited in a relationship
v) im looking for a family guy(di manakah?sesat jalan eh?)
vi) xramai yang berkaliber, berkepimpinan n berkeyakinan
Bukan demand, tetapi im not ready to be hurt sbb tu xleh main cekup jer...cukupkah jawapan ini rakan2?? The other day anis,hilda and zati plan nak date ramai2.pastu dorg tnye "meen bile lagi?xnak join ke?" waduh....tunggu la korang...die sesat jalan...sikit hari lagi sampai la...huhu
p/s utk yg sesat jalan tu:
-amik lrt ke wangsa maju pastu naik teksi ke wangsa melawati
atau
- kalau naik kreta atau motor, lalu ikut federal highway cari jalan kuching pastu jumpe roundbout bulatan pahang lalu ikut hospital tawakal,terus ikut setapak,amik simpang wangsa maju pastu jumpe wangsa melawati.....
Wednesday, July 22, 2009
Bahagia di rumah...
Remember the first post that i've posted few months ago on how much i love to stay at home instead of staying in the campus. Now guess what? Im staying home permanently....Bestnye duk rumah. Semalam mkn laksa, ari ni mee kari,tomorrow puding roti pastu kek coklat...get what i mean? Beside food hanging around with ur family is the best part in ur life....
Im haaaaaaaapppppppyyyyyyyyyyyyyyy................. :D
Im haaaaaaaapppppppyyyyyyyyyyyyyyy................. :D
Subscribe to:
Comments (Atom)
Followers
What she has to say...
-
▼
2009
(20)
- ► 6 December (1)
- ► 8 November (1)
- ► 11 October (6)
-a girl with big heart-
- ~m E e N~
- Kuala Lumpur, Malaysia