Saturday, May 30, 2009

AZAM,BABA&AKMAR....

Jgn slah faham ngan tajuk post ni ye....ni bukan name pakwe2 saya. Saya sudah 2 minggu menjalani latihan praktikal di tempat ni. Ianya adalah sebuah firma guaman yang sederhana besar yang terletak di Setapak,Kuala Lumpur. Hanya 5 minit perjalanan daripada rumah saya di Wangsa Melawati. Okey saya xnk cerite tentang firm ni dulu...ape yang saye nk cerite adalah bidang kerja dan pengalaman yang saya dpt sepanjang 2 minggu ni...

Saya bercita-cita untuk menjadi seorang peguam sejak di sekolah rendah lagi. Saya selalu melihat drama2 tv yg memaparkan kisah hidup peguam dan saya sering kagum dgn karisma yang ditunjukkan. Mulai dari situ saya telah menanamkan impian untuk menjadi seorang lawyer.

Okay berbalik pada cerita pengalaman praktikal saya, sy telah ditempatkan di bahagian housing loan. Di mana klien kami adalah Maybank dan kami diarahkan untuk mengeluarkan surat saman dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman perumahan mereka.

Bidang kerja saya tidak terikat dengan kerja2 peguam sahaja sebaliknya saya juga menjalankan kerja2 perkeranian. Saya belajar dari bawah sampailah ke atas. Dari kerja2 fotostat dan posting sehinggalah kerja2 menyediakan letter of demand(LOD), notice of demand(NOD),letter of consent kepada developer dan menyiapkan afidavit.

Saya juga berpeluang mengikut peguam ke mahkamah dan melihat sendiri prosiding di mahkam
ah(kita akan masuk bab Mahkamah kejap lagi). Malahan saya juga teruja kerana berpeluang melihat sendiri bagaimana lelongan rumah di buat. Apabila peminjam2 gagal membayar pinjaman perumahan dan setelah afidavit dan surat saman di keluarkan, mereka perlu hadir ke mahkamah. Bagaimana pun jika mereka gagal hadir ke mahkamah, hakim akan mengeluarkan satu 'penghakiman ingkar'(judgement in default of absence) terhadap borrower tu. Apabila hakim dah bagi penghakiman ingkar, pihak bank akan menjalankan auction ataupun lelongan terhadap property atau rumah tersebut.

Daripada pengamatan saya memang ramai yang gagal menjelaskan pinjaman perumahan mereka. Malah berani sy katakan di sini, kebanyakan rumah2 mewah juga termasuk dalam senarai pihak bank. Jadi jgn la korang ingat,org yg duduk umah besar tu byk duit sbb mereka pown berhutang.

Okay...sekarang nak cerita pasal mahkamah je. Sebenarnya yang korang tgk hakim ketuk meja n pakai rambut putih dalam court tu sumenye tipu belaka...Hakim skarang da xpakai rambut putih yang besar tu dan yang betulnya xpernah hakim kat Malaysia ni ketuk meja mcm dlm filem tu. Hakim kite rilek2 jer....Tapi garangnya mak aiiihhh....menakutkan. Saya rasa untuk jadi peguam yang penting kene prepare dan berani. kalau xprepare free2 jela kena maki ngan hakim. Dan kalau xberani, mcm mane nk present case dpn hakim yang garang cam singa tu... So xade istilah main2 dalam court. Time keje sume
serius je...tapi time lepak kat cafe bru la korang nampak yang sebenarnye lawyer dan hakim ni pown manusia biase.gelak2 and gurau2 gak...

Ok ini adalah pengalaman selama 2 minggu yang saya kutip di AZAM,BABA&AQMAR....saya harap dapat blaja lebey byk dan dapat kutip pengalaman yang berharga sepnajang menjalani latihan praktikal ni...
-saya-

Followers

-a girl with big heart-

Kuala Lumpur, Malaysia