Hari ini sudah masuk hari ke-14 arwah sahabat baik saya meninggalkan dunia ini. Saya masih tidak percaya yang dia sudah tidak ada lagi. Saya menerima berita pemergiannya pada awal pagi Khamis lebih kurang pukul 2 pagi. Arwah pergi kerana allergic ubat. Beberapa hari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya, arwah demam lalu mengambil ubat di salah sebuah klinik. Rupa2nya arwah allergic terhadap salah satu drpd ubat yang doktor berikan.
Saya masih ingat detik-detik terakhir kami bersama. Kami baru sahaja bertemu lebih kurang sebulan yang lalu. Saya masih ingat lagi ketika itu kami bermain bowling di Ampang Point. Arwah mengalahkan saya dalam 2 game petang itu. Siapa sangka itulah
kali terakhir kami bermain bowling bersama. Keesokannya kami ke Sunway Pyramid menonton movie dan membeli belah bersama2. Saya tidak pernah menyangka dia akan pergi dalam usia semuda ini.Bercakap tentangnya, arwah ialah seorang pelajar top scorer sewaktu di sekolah dulu. Selain drpd cemerlang dalam akademik, arwah juga aktif dalam ko-ku. Saya mengenalinya sejak dari tingkatan satu dan kami berkawan sehingga saat beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Saya masih ingat arwah selalu bergurau kononnya suatu hari nnt dia bakal menjadi Gabenor Bank Negara. Katanya "Aku la yg akan sign duit korg nnt"...Hmmm...saya percaya kalau arwah masih hidup pasti dia akan dapat mencapai cita-citanya....
Periang,ramah,suka ketawa dan suka berterus terang.Itulah dia yang saya kenal. Itulah Nadia yang saya kenal selama 9 tahun ini....Bukan sedikit memori yang kami kongsi bersama. Suka dan duka kami akan saya kenang selagi hayat dikandung badan....Dia,i will always love u...
Semoga roh arwah nadia dicucuri rahmat. Al fatihah~
ReplyDelete